Sunday, June 17, 2012

Puncak telaga Tujuh , Pulau Langkawi

Kembali lagi dalam mencoretkan salah satu hobi.. iaitu mendaki gunung..

Si kali ni saya mendaki Puncak Telaga Tujuh, Gunung Mat Chincang, Pulau Langkawi.
Ketinggian tidak pasti. sebab x ada alat nak mengukur ketinggian.. he he he
Dia adalah Puncak Telaga tujuh, tetapi di bawah gugusan Gunung Matchincang..

selepas sahaja mendaki Gunung Raya pada entry yang lalu.. pada petangnya saya terus mendaki Puncak Telaga Tujuh... kali ini seorang sahaja. he he.. serem jugak le.. dan agak merbahaya

Ini adalah jalan untuk anda kesana.. terus sahaja ke tempat nak pergi Cable Car Gunung Matchincang dan selepas itu terus ke Telaga Tujuh.. dekat sahaja

Panduan dari jeti juah ke Telaga Tujuh.

Perjalanan agak jauh jugak le..tapi ramai pengunjung.. semasa saya pergi..

 kalau dah nampak tanda jalan nii.. compem dah sampai.. horee
apa kelebihan telaga tujuh ni.. baca jgn x baca
menuju ke air terjun
 ni lah air terjun telaga tujuh, boleh nampak jika naik cable car
ni adalah gambaran dari atas air terjun

tanpa melengahkan masa.... sebab hari pun dah lewat petang.. saya teruskan pendakian menuju ke Puncak Telaga Tujuh.. pendakian hanya mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja..
 selepasa sahaja melalui air terjun.. akan terjumpa menara pandang
Rentas Hutan Telaga Tujuh.. pastikan ada terjumpa semua kem.. ok..
 Kem Tok Ayah
berlaku kemalangan kecil.. kaki kejang semasa mendaki.. bantai mendaki 2 puncak sekali..
 so kena lah rehat dulu, itulah kena mendaki dengan kawan-kawan
 Puncak Telaga Tujuh
pakai timer lah nak tangkap gambar
 kalau ikut ketinggian yang diberitahu 1736 meter.. tapi tidak mungkin.. puncak tertinggi gunung raya baru 900 meter dari aras laut...
ni lah ruginya x bawak GPS
kat sini kena buat pusingan balik

Perjalanan turun hanya mengambil masa 40 minit sahaja.. hari pun dah gelap.. lega dapat keluar dari sini.. takut jadi perkara yang buruk pulak... sampai je kat bawah... ucapan syukur diucapkan....

So perkara yang perlu dipertekankan apabila mendaki...
Bawa lah sedikit makanan, lampu suluh, mancis, dan juga daput... hu hu.. jgn lupa pisau...

setakat ini sahaja.. perkongsian mengenai... Puncak Telaga Tujuh... Jumpa Lagi

Saturday, June 16, 2012

Gunung Raya, Pulau Langkawi

Gunung Raya, Pulau Langkawi

Ketinggian 900 meter...

Assalamualaikum semua...

Kembali lagi saya.. dalam mencoretkan segala yang ada kat atas kepala.. ke alam penulisan... he he he

Kali ini saya nak kongsi tentang mendaki Gunung Raya, Pulau Langkawi.. kiranya ni adalah puncak tertinggi yang terdapat kat Pulau Langkawi.. 900 meter dari aras laut... 

Anda boleh memandu kereta sampai ke atas... ataupun bagi pengemar outdoor boleh mencuba mendaki gunung ni...Bagi orang yang biasa mendaki.. mungkin tidak sukar.. tetapi yang baru berjinak-jinak.. memang penat lah..

So kat sini bagaimana nak mencari starting point mendaki Gunung Raya.

Jika anda sampai ke Pulau Langkawi.. anda boleh menuju ke Lubuk Semilang.. leh tgk dalam map nanti yew. ataupun terus menggunakan GPS..6'21.84' N  99'47.38E.. mudah kan

peta dari jeti kuah ke lubuk semilang

so setelah dah sampai lubuk sembilang.. anda kena berjalan kaki ke starting point.. ada signboard.. so dari situ leh nampak tangga dah.. ikut jew tangga 2.. kompem sampai ke puncak

starting point

ini tangganye... tangga dia buat sampai ke puncak terus
lebih kurang 4287 anak tangga

pendakian anda hanya mengambil masa 2 hingga 3 jam sahaja.. mengikut kelajuan lah.. tiada water point sepanjang pendakian.. so kena bawak air secukupnye... kalau biasa mendaki.. 1.5 liter air mineral.. pun dah cukup... kat puncak leh isi lagi.. setelah penat mendaki,, sampai lah ke puncak.. view memang cantik.. 

habis pendakian melalui tangga, selepas 2 kena ikut jalan tar lebih kurang 500 m
view gunung mat chincang dari gunung raya
dah sampai puncak.. kena naik menara 2.. barulah sampai ke puncak tertinggi
kena naik menara hotel ni.. kalau nak tgk view yang owesome
(nak menginap pun boleh kat hotel ni)
sampai kat hotel (catitkan nama anda) pas 2 kalau nak tgk view cantik.. wajib lah minum air teh kat atas...
walaupun agak mahal,... tapi memang berbaloi
batu yang terdapat di restoran hotel tersebut.. memang berbaloi
gunung mat chincang

Alhamdulilah selesai pendakian saya ke Gunung Raya, Pulau Langkawi..
so apalagi.. turun terus ke bawah... he he he

Apapun ucapa terima kasih kat kawan saya Kamarulzaman.. dari JPJ Langkawi, Kedah.. sebab sudi teman saya hiking sampai ke puncak.. apapun kenangan ini tidak dapat saya lupakan.. 

Andai ada rakan-rakan nak pergi.. saya alu-alukan.. tetapi untuk keselamatan.. kenalah pergi ramai sedikit tau.

Sekian, coretan saya.. semoga ketemu lagi

Tuesday, June 12, 2012

Langkawi Trip 3

Salam Sejahtera semua....

kembali semuala..... he he he... dah masuk hari ketiga.. org kata.. kalau pergi langkawi.. x pergi tempat ni memang rugi.. iaitu....

Tasik Dayang Bunting....

Bagaimana nak kesana... mudah sahaja...

Anda boleh beli dapatkan pakej ni di pantai cenang... RM 25 seorang...
Ataupun Boleh terus ke Awana Porto Malai... tempat star cruise singgah)

So dah sampai tempat yang dituju... so kena tunggu giliran.. punya lah ramai org kat sini... he he.. tujuan mereka.... tempat yang sama>>

Perjalanan menaiki bot laju.. lebih kurang 20 minit jew

dalam perjalanan pemandu pelancong tunjuk dimana Pulau Singa kecil....
naik bot ni memang best..... view dia lagi best... hik hik
dah sampai...memang owesome
leh tgk kat map ni... besar gak 2
kena jalan skit lah nak kesana.. anggaran 5 hingga 10 minit je
dah sampai kat tasik dayang bunting.. tempat memang cantik
ramai org kan
.memang ramai orang kat sini kan... so bolehlah mandi..
dalam juga lah kiranye... 10 meter lebih
pelampung ada utk disewa bagi org yang x pandai berenang RM 5.00 rasenye

kalau ikut lagendanya..wanita-wanita yang lambat dapat baby.. kalau mandi kat sini.. kompem dapat baby... tapi x tahulah.. tapi bagi orang lelaki betul lah rasenya..
pergi rasa kurus jew.. balik dah buncit skit... minum air tasik banyak sangat.. hu hu hu

So dah habis lawatan kat sini.. dia bagi masa 2 jam utk ke beriadah kat sini.. kira berbaloi lah... so kita ke tempat seterusnya.. Eagle Feeding (antara tasik dayang bunting ke pulau beras basah.

Eagle feeding




memang banyak burung helang kat sini...pemandu pelancong bagi isi ayam rasenye... ni lah yang terbaik.. dekat 2..

Setelah itu.. kita ke 
Pulau Beras Basah..
 leh mandi pantai.... 

pantai dia memang bersih.. jom lah ke sini.. hik hik

 dah selesai dah trip 2 dayang bunting... berbaloi kan.... kiranya progrram ni start kul 9 pagi.. habis kul 1 tengahari... bawak lah bekalan makanan skit yew... leh tahan laponye...

Dan kami terus ke balik ke tempat penginapan.. separuh perjalanan.. terlupa nak beli minyak gamat
so kitaorang singgah kat 
Nusantara Minyak Gamat


memang banyak minyag gamat, minyak urut.. dan pelbagai krim lah... kiranya orang melayu pun x kurang hebatnya dari segi perubatan ni kan.....

Dah selesai membeli belah.. apalagi.. pulang lah ke tempat penginapan.... nak balik.. rindu rumah tau...

So apapun selamat tinggal langkawi.. semoga berjumpa lagi.. 





Saturday, June 9, 2012

Langkawi Trip 2

ok.. sambungan dari entry yang lalu,..
so kita di langkawi dah pergi 3 tempat..
Dataran Langkawi, Gunung Matchincang, Pantai Cenang
So pada hari ni... den nak bawak u all.. melawat tempat yang lain plak.. JOM JOM

Kilim Geopark langkawi..

tempat geopark yang terdapat di langkawi..

So bayaran nya murah sahaja... kalau satu bot dia cas RM 180.00..
Tapi kalau ramai geng ikut.. leh lah satu bot seorang.. ataupun kita kongsi ramai2 dalam satu bot.. bayaran lebih kurang RM 20 seorang

nampak macam penyu kan,,,,, at atas 2
keunikan alam di sini
rakan2 dalam trip ni.
gua kelawar
kat sini kena bayaran rm 1 seorang dan satu lagi kena sewa lampu suluh ,kalau tidak x nampak apa dalam 2
 mangrove


melawat sangkar ikan....

Dalam trip ni.. dia bagi kita melawat 3 tempat.. yang pertama... melawat pulau, pas 2.. gua kelawar.. dan yang terakhir sekali sangkar ikan... kira berbaloi kan.. ngan bayaran 2 kan... dari pagi.. sampai ke tengahari..

Best Best Best.... so kita ke tempat seterusnya.. lebih kurang 30 minit sahaja.. iaitu

Makam Mahsuri
(dikenakan bayaran semasa masuk RM5.00 seorang)















Alhamdulilah.. selesai sudah perjalanan di makam mahsuri.... so kita ke tempat seterusnya,,,, he he he

Beras Terbakar..
 perjalanan yang hanya mengambil masa kurang dari 30 minit..tiada bayaran dikenakan... kat sini juga boleh shopping,,, pandai2 lah tawar menawar kan


nak tahu lebih lanjut.. kenalah datang kee sini...

So setelah melawat.. dah penat... gi lah minum kat pekan kuah.. sambil shopping coklat.. biasanya org shopping kat Haji Ismail Group (HIG) dan shopping pinggan mahkuk.. biasanya diorang poie idaman suri... so den bujang laie... pergi HIG jew lah.....he he he... harga diorang ni lebih kurang... kalau murah pun.. sikit jew. kalau mahal pun... sikit gak... he he he


 pening kepala nak pilih
 banyak jenis coklat laie yg ado
berpinar biji mata dibuatnye

So tamat hari ke 2.. badan pun dah letih.. time untuk tido lah jawapnye... nanti kita sambung ke cerita yang lain.....hu hu hu... daa.. semoga berjumpa lagi...

Langkawi Trip 3