Saturday, June 16, 2012

Gunung Raya, Pulau Langkawi

Gunung Raya, Pulau Langkawi

Ketinggian 900 meter...

Assalamualaikum semua...

Kembali lagi saya.. dalam mencoretkan segala yang ada kat atas kepala.. ke alam penulisan... he he he

Kali ini saya nak kongsi tentang mendaki Gunung Raya, Pulau Langkawi.. kiranya ni adalah puncak tertinggi yang terdapat kat Pulau Langkawi.. 900 meter dari aras laut... 

Anda boleh memandu kereta sampai ke atas... ataupun bagi pengemar outdoor boleh mencuba mendaki gunung ni...Bagi orang yang biasa mendaki.. mungkin tidak sukar.. tetapi yang baru berjinak-jinak.. memang penat lah..

So kat sini bagaimana nak mencari starting point mendaki Gunung Raya.

Jika anda sampai ke Pulau Langkawi.. anda boleh menuju ke Lubuk Semilang.. leh tgk dalam map nanti yew. ataupun terus menggunakan GPS..6'21.84' N  99'47.38E.. mudah kan

peta dari jeti kuah ke lubuk semilang

so setelah dah sampai lubuk sembilang.. anda kena berjalan kaki ke starting point.. ada signboard.. so dari situ leh nampak tangga dah.. ikut jew tangga 2.. kompem sampai ke puncak

starting point

ini tangganye... tangga dia buat sampai ke puncak terus
lebih kurang 4287 anak tangga

pendakian anda hanya mengambil masa 2 hingga 3 jam sahaja.. mengikut kelajuan lah.. tiada water point sepanjang pendakian.. so kena bawak air secukupnye... kalau biasa mendaki.. 1.5 liter air mineral.. pun dah cukup... kat puncak leh isi lagi.. setelah penat mendaki,, sampai lah ke puncak.. view memang cantik.. 

habis pendakian melalui tangga, selepas 2 kena ikut jalan tar lebih kurang 500 m
view gunung mat chincang dari gunung raya
dah sampai puncak.. kena naik menara 2.. barulah sampai ke puncak tertinggi
kena naik menara hotel ni.. kalau nak tgk view yang owesome
(nak menginap pun boleh kat hotel ni)
sampai kat hotel (catitkan nama anda) pas 2 kalau nak tgk view cantik.. wajib lah minum air teh kat atas...
walaupun agak mahal,... tapi memang berbaloi
batu yang terdapat di restoran hotel tersebut.. memang berbaloi
gunung mat chincang

Alhamdulilah selesai pendakian saya ke Gunung Raya, Pulau Langkawi..
so apalagi.. turun terus ke bawah... he he he

Apapun ucapa terima kasih kat kawan saya Kamarulzaman.. dari JPJ Langkawi, Kedah.. sebab sudi teman saya hiking sampai ke puncak.. apapun kenangan ini tidak dapat saya lupakan.. 

Andai ada rakan-rakan nak pergi.. saya alu-alukan.. tetapi untuk keselamatan.. kenalah pergi ramai sedikit tau.

Sekian, coretan saya.. semoga ketemu lagi

No comments:

Post a Comment